Ska Transport nerupakan sebuah anak syarikat ENG THAI SDN BHD yang menguruskan urusan penghantaran barang sama ada daripada selatan ke utara atau pon dari utara ke selatan. Ska Transport juga merupakan ejen pengangkutan yang membawa brang eksport daripada negara jiran iaitu Thailand. Gudangnya yang terbesar ialah di Taman Perindustrian Shah Alam dan di Padang Besar, Perlis .
GUDANG SKA TRANSPORT DI PERLIS
Semasa berumur 15 tahun saya bekerja sebagai kelindan lori sementara untuk pemandu-pemandu Ska Transport. Kerja ini dilakukan tanpa diketahui umum kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai lesen. Faktor yang mendorong saya melakukan kerja ini adalah kerana faktor keluarga yang berpendapatan rendah dan juga minat. Dalam masa yang sama saya menumpukan pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara.
Lori-lori yang pernah saya kendalikan
Banyak pengalaman yang saya timba semasa bekerja sebagai kelindan lori. Antaranya ialah dapat mengenali spesifikasi enjin-enjin diesel yang besar dan juga berpeluang membaiki serta memandunya sendiri. Walaupun kerja saya ini dilihat sebagai sesuatu yang salah di sisi undang-undang, tetapi bagi saya hanya cara ini sahaja yang boleh memberi saya pengalaman ketika umur saya masih remaja.
Pls remove and delete SKA Transport Information from this blog immediately
ReplyDeleteas the information is no longer valid.
We reserve the right to take any action against on publishing wrong information.