KANGAR DOLOMITE


Kangar Dolomite ialah sebuah syarikat besar di Perlis yang memproses batu reput untuk dijadikan pelbagai barang-barang komersial. Antaranya ialah untuk di jadikan cermin, besi,  baja bagi segala jenis tanaman yang mengeluarkan hasil dan juga di export ke Jepun. Di malaysia hanya terdapat beberapa negeri sahaja yang mempunyai bukit batu reput antaranya ialah di Chuping Perlis. Kangar Dolomite mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang di tugaskan mengikut kemampuan masing-masing.Syarikat ini mempunyai seramai 20 orang pekerja yang di bahagikan kepada dua syif.






Bukit Batu Reput














Saya pernah bekerja bersama Kangar Dolomite selama 1 tahun. Untuk diterima bekerja seseorong itu akan di uji tahap kecekapannya memandu kenderaan pengangkut seperti backhoe, pemuat beroda (sawa), forklift, lori dan kato (excavator). Seseorang itu juga haruslah tahu membaiki kenderaan pengangkut sekiranya mengalami masalah atau kerosakan. Semua pekerja mampu mengendalikan semua jenis kenderaan yang ada di dalam Kangar Dolomite. Antara kenderaan pengangkut yang sukar di kendalikan adalah kato dan pemuat beroda(sawa).Tugas saya adalah mengendalikan sawa dan kato.








Kato

















Pemuat beroda(sawa)





Backhoe yang mengalami kerosakan



Kangar Dolomite memproses batu reput atau dikenali dangan nama 'dolomite' yang diexport sama ada di malaysia atau di negara lain untuk di jadikan pelbagai jenis bahan.



Proses-proses Batu Reput

Batu reput akan digali menggunakan kato dan dimuatkan di atas lori. Kemudian lori akan menghantar batu-batu ini ke tempat pemprosesan. Pada tahap ini bermula lah proses memecahkan batu menggunakan 'crasher'. Batu yang telah dihancurkan bersaiz antara 5mm hingga 70mm yang kemudiannya akan diletakkan di suatu tempat. Selepas itu pemuat beroda akan menolak dan mengangkut batu-batu tadi ke dalam takung. Seterusnya, batu-batu tadi akan diangkut menggunakan tali sawat pengangkut untuk melalui proses yang berikutnya iaitu mengayak. Ketika ini batu akan di ayak atau ditapis menggunakan pengayak(screen) untuk mendapatkan dua jenis batu yang berbeza saiz dan disimpan didalam takung besar (sailo). Setelah melalui proses mengayak, batu pertama yang dipanggil 'anju' bersaiz antara 2mm hingga 3mm manakala batu kedua yang dipanggil debu garam bersaiz hancur hingga 0.05 mm akan terasing dan disimpan didalam takung besar. Manakala batu yang bersaiz melebihi spesifikasi akan diangkut pula menggunakan tali sawat pengangkut ke dalam 'hammermill' bagi melalui proses pemecahan batu tahap kedua. Selepas melaui proses ini, batu akan bersaiz di antara 3mm hingga menjadi debu(hancur).Proses ini akan berulang sehingga lah takung menjadi penuh.






Tempat Pemprosesan 







binaan 'hammermill' penghancur batu






batu 'anju'





Batu garam




Proses Pembungkusan Baja

Batu garam yang disimpan akan dibawa dengan tali sawat pengangkut ke dalam takung kecil bagi proses membungkus 'packing'. Bagi proses ini 4 orang pekerja akan mengambil alih kerja-kerja 'packing'. Baja yang telah siap dibungkus kedalam beg baja 50kg akan disimpan di dalam beg jumbo yang mampu menahan berat 1500kg iatu sebanyak 30 beg baja 50kg.






Beg Baja 50kg








Proses Menghantar dan Mengisi Beg Jumbo di atas Lori

Sekiranya terdapat permintaan daripada syarikat yang memerlukan baja ini, pengurus akan mengaturkan pengangkutan untuk menghantarnya. Apabila lori tiba, pihak pekerja akan mengendalikan proses ini. Bagi mempercepatkan proses, dua buah 'forklift' yang dikendalikan oleh dua orang pekerja akan mengisi beg jumbo ke atas lori. Lori yang siap diisi akan menghantar beg baja kepada syarikat-syarikat.








Proses Mengisi Beg Baja




No comments:

Post a Comment